Ibu-ibu yang melahirkan bayi pada 1 Januari 2018 (dari kiri) Nor fatihah Mad Tahir, Nurfarahin Abd Jalil, Nur Syaidatul Azwa Samsudin, Nor Syazana Abd Aziz dan Siti Norain Rasid beramah mesra bersama pada Majlis Penyerahan Sijil Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50) di Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 01 JANUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Rezeki anak sulung, itulah yang diungkapkan oleh Nurfarahin Abdul Jalil yang baru sahaja melahirkan anak sulungngnya pada awal tahun baru ini.

Bukan sekadar gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya, pelaksanaan skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) turut menceriakannya kerana dapat menguruskan kewangan untuk masa depan anak bermula dari awal.

Pekerja Swasta, Nurfarahin Abdul Jalil ketika ditembual wartawan Malaysia Gazette pada Majlis Penyerahan Sijil Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50) di Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 01 JANUARI 2018.

“Anak perempuan sepatutnya bersalin 8 Januari ini tetapi sebab awal sakit.

“Saya pun sebenarnya lupa pasal ADAM50 bila dimaklumkan hari ini ada penyampaian sijil baru saya ingat tentang pembentangan Bajet 2018 sebelum ini.

“Bagi saya skim ini memang bagus untuk semua orang apatah lagi untuk saya yang melahirkan anak sulung duit tabungan ini nanti akan membantu anak jugalah,” kata ibu yang berusia 28 tahun itu.

Sebagai ibu, Nurfarahin berkata, sudah tentu tumpuannya dengan suami adalah pengurusan masa depan anak.

Sehubungan itu, dia akan terus menabung dalam skim ini sehingga anaknya besar kelak.

Perkara yang sama juga disuarakan oleb ibu muda Nor Fatihah Mat Tahir, 25.

Baginya kerajaan memberikan rakyat pelbagai insentif yang menjurus kepada jangka masa panjang, termasuk keutamaan kelada generasi muda kelak.

Jururawat, Nor Fatihah Mat Tahir ketika ditembual wartawan Malaysia Gazette pada Majlis Penyerahan Sijil Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50) di Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 01 JANUARI 2018.

Beliau turut bersyukur kerana sebagai pennjawat awam, kini tempoh cuti bersalinnya dipanjangkan kepada tiga bulan seperti mana yang diumumkan Najib sebelum ini.

“Saya bekerja sebagai jururawat. Jadi saya merasailah nikmat dapat tambah cuti bersalin tu. Dapatlah berehat lama sikit sebelum bertugas semula dan dapat menguruskan anak,” ujarnya.

Melahirkan anak kelima dan pertama kali dimasukkan dalam skim ini, bagi Norsyazana Abd Aziz, 30 pula ia merupakan pengalaman baru untuk dia dan suami.

Selain itu, skim ini sedikit sebanyak mengajar Norsyazana untuk menabung demi kebajikan anak di masa akan datang.

Surirumah, Nor Syazana Abd Aziz ketika ditembual wartawan Malaysia Gazette pada Majlis Penyerahan Sijil Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50) di Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 01 JANUARI 2018.

“Insyallah sebab telah memberi RM200 untuk dikreditkan kepada anak saya. Walaupun anak kelima ini ADAM50 dilaksanakan tetapi sebenarnya banyak membantu dalam pengurusan kewangan anak jangka masa panjang,” katanya.

Ketiga-tiga ibu yang baru melahirkan anak awal pagi 1 Januari 2018 ini antara lapan lagi ibu yang menerima sijil skim ADAM50.

Sijil disampaikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebentar tadi.

Setakat ini lapan bayi antaranya lima lelaki dan tiga perempuan yang bertuah kerana lahir pada awal tahun baru dan terlibat dalam pra-pelancaran ADAM50. – MalaysiaGazette