Poster iklan pelancaran portal rasmi Barisan Nasional theRakyat pada rabu ini.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan melancarkan portal rasmi parti itu pada Rabu ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis pelancaran portal yang dinamakan ‘theRakyat’ itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Pengerusi BN pada pukul 8 malam.

Portal tersebut dibangunkan bagi memberi maklumat tepat kepada rakyat berkaitan usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan BN ketika ini.

Ia juga merupakan medium media baharu BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam menagkis dakyah pembangkang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast