Home Nasional Juruterbang Malindo Air ditahan, positif dadah

Juruterbang Malindo Air ditahan, positif dadah

Juruterbang Malindo Air yang ditahan di Batam kerana dadah , Sabtu lalu. foto Detik News

BATAM – Seorang juruterbang pesawat Malindo Air ditahan di sini kerana membawa syabu dan positif menggunakan dadah, kelmarin.

Penahanan juruterbang itu dilakukan oleh Badan Narkotika Nasional Provinsi (BNNP) Kepri, Jabatan Kastam dan polis.

Ketua BNN, Richard Nainggollan berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas juruterbang yang berusia awal 30an itu turut menjumpai alat menghisap dadah.

“Juruterbang itu menggunakan pasport Malaysia,” katanya.

Mereka juga telah menggeledah barang-barang milik juruterbang tersebut dan menjumpai saty bungkus plastik yang berisi narkotik jenis sabu seberat 1,09 gram.

Penangkapan ini dibuat selepas beg yang dibawa mencurigakan semasa melalui mesin imbasan dan kemudian memeriksa badan dan barang yang dibawa. – MalaysiaGazette