Pengguna jalan raya terpaksa memberhentikan kenderaan mereka ekoran keadaan jalan yang dinaiki air. Foto: Ihsan pembaca

KUALA LUMPUR – Seramai 234 orang daripada 63 keluarga di daerah Kota Tinggi, Mersing dan Segamat dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dilanda air bah.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, hujan lebat lebih dua jam membabitkan Kampung Bukit Raja, Kota Tinggi dengan pusat pemindahan dibuka mulai jam 9 pagi tadi.

Menurutnya, seramai 10 orang daripada tiga keluarga dari kampung itu dipindahkan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ramunia.

Beliau berkata, banjir di Mersing membabitkan kawasan Air Papan dan beberapa kampung termasuk Kampung Tanjung Genting, Tenglu Besar, Kelantan dan Semanyir, Endau, Air Tawar serta Taman Nakhoda membabitkan 173 orang daripada 46 keluarga.

“Pusat pemindahan Balairaya Taman Nakhoda, Mersing, dibuka pada jam 1.45 petang tadi, diikuti SK Air Papan (4.15 petang); SK Tenglu (4.30 petang); Balairaya Serbaguna Kampung Benaung (4.45 petang) dan Pertubuhan Peladang Kawasan Endau (5.20 petang),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ayub berkata, seramai 51 mangsa daripada 14 keluarga Orang Asli di Kampung Segamat Kecil, dekat Labis turut dipindahkan ke balai raya di kampung itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast