Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.
Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.

PULAU PINANG – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti yang disertainya sejak 34 tahun lalu itu kerana beranggapan perjuangan parti berkenaan semakin sesat.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, tindakan Mahfuz meninggalkan Pas juga kerana kecewa dengan perjuangan Pas yang semakin jauh daripada matlamat menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Malah, beliau juga percaya Mahfuz mahukan satu pakatan pembangkang yang kuat yang mampu melawan BN yang dilihat tidak dimiliki Pas ketika ini.

“Itulah sebabnya…(Pas) sesat sampai dipuji oleh UMNO.

“Jika parti politik pembangkang dipuji baik oleh parti pemerintah, maka lingkuplah…anda kena setia tidak boleh gugat, sebab itu dia cakap anda baik,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Mahfuz Mahfuz yang menjadi ahli Pas sejak 12 Mac 1984 mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas sehingga pengumuman baharu dibuat sebelum Pilihanraya Umum Ke-14.

Dalam surat pemberhentian keahliannya yang diemel kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan petang semalam, Mahfuz memberi alasan kegagalannya menjadi ‘penghubung’ antara gabungan pembangkang dan Pas sebagai punca beliau mengambil keputusan itu.

Selain Mahfuz, turut mengambil tindakan sama ialah isteri beliau, Datin Ruswati Jaafar, 58, dan anak mereka, Siti Nur Syahidah, 30, manakala anak lelakinya, Muhammad Mujaheed, 35, sudah keluar parti itu setahun lalu. – MalaysiaGazette

Comments are closed.