Home Dunia Pesawat terhempas 10 warga AS maut

Pesawat terhempas 10 warga AS maut

COSTA RICA – Seramai 12 orang terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas di barat Costa Rica.

Kesemua penumpang adalah warga Amerika Syarikat manakala juruterbang dan pembantu juruterbang dari Costa Rica.

Tragedi itu berlaku apabila pesawat Cessna 204 milik Nature Air dalam penerbangan dari San Jose ke sebuah resort, Punta Islita.

Punca nahas belum diketahui tetapi tidak ada seorang penumpang pun dilaporkan selamat.

Pesawat itu terhempas di kawasan gunung berhampiran Bejuco di wilayah Guannascaste.

Presiden Costa Rica, Luis Guillermo Solis mengesahkan kejadiian itu sambil mengucapkan takziah atas kemalangan tersebut.