Home Ekonomi Noorazman pengerusi baru UEM Group

Noorazman pengerusi baru UEM Group

Noorazman Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – UEM Group Berhad mengumumkan pelantikan Datuk Noorazman Abd Aziz sebagai pengerusi yang baru berkuat kuasa 1 Januari.

Beliau menggantikan Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali, 69 yang bersara selepas berkhidmat dengan syarikat itu lebih 10 tahun.

Noorazman menyertai Kumpulan UEM pada 15 November 2010, merupakan Timbalan Pengerusi yang dilantik pada 14 April tahun lalu.

Beliau juga merupakan pengarah eksekutif pelaburan di Khazanah Nasional Berhad. – MalaysiaGazette