Begini keadaan bas berkecai selepas terjunam di pantai Peru. foto Agensi

PERU – Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh selepas sebuah bas terjunam 100 meter (330 kaki) ke tebing dan mendarat di sebuah pantai di sini.

Kementerian Kesihatan berkata, enam mangsa yang terselamat telah dikeluarkan daripada bas berkenaan.

Kemalangan itu berlaku di jalan raya yang terkenal dikenali sebagai Curva del Diablo di Pasamayo, utara ibu kota Lima.

Seorang pegawai pengangkutan memaklumkan bas itu membawa kira-kira 50 orang penumpang ketika kejadian.

Jalan do sepanjang Lautan Pasifik yang berliku-liku itu merupakan salah satu jalan yang paling berbahaya di Peru.

Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski berkata, kemalangan itu merupakan berita sedih buat negaranya dan mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa.

Ketua pengangkutan Peru, Dino Escudero berkata, siasatan telah dilancarkan dan mendapati bas berkenaan telah bertembung dengan kenderaan lain, menyebabkan pemandu kehilangan kawalan.

Sebuah helikopter turut digunakan untuk membantu dalam operasi menyelamat.

Semasa kejadian, bas itu dalam perjalanan ke Lima dari Huacho, kira-kira 130 kilometer (80 batu) di utara ibu kota. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast