KUANTAN – Keadaan banjir di Pahang pagi ini bertambah buruk dengan Lipis menjadi daerah terbaru dilanda bencana itu menyaksikan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 7,309 orang sehingga 9.30 pagi ini berbanding 6,106 orang malam tadi.

Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan terus mencatatkan pertambahan mangsa yang dipindahkan dengan 5,663 orang ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding hanya 4,958 orang malam tadi.

“Di Dewan Orang Ramai Seri Damai terdapat seramai 156 mangsa dipindahkan di situ, Dewan Wawasan Jabatan Perairan dan Saliran, Kemunting (108), Balai Raya Kampung Paya Bungor (24), Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (267 ), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau (263), dan SMK Sungai Lembing (empat orang).

SK Kampung Padang pula menempatkan 73 mangsa , SMK Pandan (892), Balai Raya Kampung Pahang (63), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (199), Balai Raya Kampung Tiram (137), SMK Paya Besar (641), SRJK ( C ) Chung Ching (527), SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad (26) dan SK Kempadang (41).

“Di Wisma Belia pula, seramai 635 orang telah dipindahkan di situ, Balai Raya Pasir Kemudi (dua), Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (283), Dewan Serbaguna Panching (17), Kuarters Polis Alor Akar (35), Balai Raya Kampung Sungai Soi (23)? menurut portal itu.

Lima mangsa banjir turut ditempatkan di Dewan Melati Penjara Penor manakala 862 orang ditempatkan di SMK Tanah Putih dan 380 orang di Dewan Sukpa, Indera Mahkota.

Dalam pada itu, bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Rompin turut mencatatkan pertambahan dengan 665 orang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan berbanding hanya 652 orang malam tadi.

Mereka ditempatkan di Dewan Orang Ramai Telok Gading (15), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam (178), Dewan Serbaguna Desa Wawasan Kampun Pianggu (72), SMK Pontian Jaya (82).

Di Balai Raya Kampung Sepayang pula terdapat seramai 64 orang, SK Sarang Tiong (161), Balai Raya Kampung Mikang (lapan), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (25) dan Balai Raya Rekoh (60).

Di Pekan, penduduk terjejas banjir ditempatkan di SK Merchong Jaya (511) dan Balai Raya Kampung Menchupu (25) dan Sekolah Sinar Mutiara, Sungai Miang (179).

Di Jerantut, 11 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Serbaguna Jerantut Feri, Balai Raya Kampung Besul (lapan) dan Sekolah Kebangsaan Teh (16).

Di Maran pula sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka iaitu di Surau Kampung Bintang yang menempatkan lima orang, PPPS Kampung Baru Sungai Chedong (151) dan Masjid Kampung Luit (66).

Sementara itu, di Lipis pula, dua PPS yang dibuka setakat ini ialah Balai Raya Kampung Tanjung Bungor yang menempatkan lima mangsa dan Balai Raya Lentang (empat).- BERNAMA