Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Sukar untuk Malaysia mencapai sasaran bajet berimbang menjelang 2020.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, negara mungkin memerlukan dua atau tiga tahun lagi untuk mencapai sasaran berkenaan.

“Saya tidak rasa kerajaan boleh mencapai bajet berimbang pada 2020 kerana jika kita melakukannya, secara asasnya kita telah merenjatkan pembangunan ekonomi.

“Kita cuba (mencapainya) pada 2022-2023,” katanya dalam satu persidangan di sini hari ini.

Johari turut mengulangi bahawa defisit fiskal akan dikutangkan kepada 2.8 peratus tahun ini berbanding 3.0 peratus pada 2017.-MalaysiaGazette