Home Dunia Bergaduh di udara, 2 juruterbang Jet Airways digantung

Bergaduh di udara, 2 juruterbang Jet Airways digantung

MUMBAI – Sebuah syarikat penerbangan India telah menggantung dua juruterbangnya selepas bergaduh dalam kokpit semasa penerbangan pada Tahun Baru.

Ketika kejadian, kedua-dua mereka dalam penerbangan dari London ke Mumbai dengan membawa 324 orang penumpang.

Jet Airways sedang menyiasat dakwaan seorang juruterbang lelaki menampar rakannya, seorang wanita semasa bertengkar.

Laporan di beberapa akhbar India, yang memetik sumber-sumber yang tidak disebut namanya, berkata, pertikaian di udara itu menyebabkan juruterbang wanita meninggalkan kokpit dengan air mata dan terpaksa dipujuk oleh krew kabin.

Pada satu masa, juruterbang lelaki itu juga meninggalkan kokpit menyebabkan kawalan pesawat tidak dijaga, menurut laporan Times of India.

“Salah faham berlaku antara anak-anak kokpit … Walau bagaimanapun, perkara itu dengan cepat diselesaikan dengan baik dan meneruskan perjalanan ke Mumbai, mendarat dengan selamat,” kata Jet Airways dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette