Jabatan Perkhidmatan Awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju mengekalkan Gantian Cuti Persaraan (GCR) sebanyak 150 hari kepada pejawat-penjawat awam.

Jabatan Perkhidmatan Awam menerusi kenyataan hari ini memberitahu, cuti tersebut merupakan cuti rehat yang digunakan untuk tahun persaraan dan berbayar.

“Bayaran ini dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan bilangan 18, tahun 2008.

“Melalui SPP Bilangan 2 tahun 2017 iaitu mulai Januari 2018, kerajaan telah memutuskan bahawa jika cuti yang dikumpulkan bagi maksud ganjaran wang tunai melebihi 150 hari, maka cuti tersebut boleh dimohon untuk digunakan pada tahun persaraan bagi maksud tertentu oleh penjawat awam,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, melalui penjelasan tersebut diharap tidak timbul sebarang kekeliruan dalam kalangan penjawat awam mengenai SPP bilangan 2 tahun 2017. – MalaysiaGazette