BANGKOK – Evolusi bidang perubatan di Bangkok yang menawarkan perkhidmatan pemutihan zakar berjaya menarik 100 pelanggan setiap bulan.

Kegilaan terbaru itu walaubagaimanapun mencetuskan kebimbangan komuniti setempat.

Ia dipercayai dimulakan Hospital Lelux yang terkenal dengan rawatan pemutihan anggota badan sejak enam bulan lalu apabila seorang lelaki mengadu alat sulitnya berwarna terlalu gelap.

Pengurus Jabatan Kulit dan Laser hospital terbabit, Bunthita Wattanasiri berkata, sejak itu rawatan tersebut mula popular dengan purata 100 pelanggan sebulan.

Prosedur pemutihan menggunakan teknologi laser itu menjadi pilihan ramai termasuk pengguna media sosial selepas foto pelanggan yang menjalani rawatan dimuat naik dalam Internet.

“Kami perlu berhati-hati kerana ia anggota sensitif pada tubuh,” kata Bunthita sambil menambah, sebahagian besar pelanggan berusia antara 22 hingga 55 tahun, termasuk dari kalangan golongan LGBT. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast