Laluan Kuala Lumpur - Singapura merupakan laluan udara antarabangsa tersibut dunia bagi tempoh Mac 2017 hingga Februari 2018.
Laluan Kuala Lumpur - Singapura merupakan laluan udara antarabangsa tersibut dunia bagi tempoh Mac 2017 hingga Februari 2018.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menyediakan kemudahan daftar masuk bagasi (SBD) di klia2 mulai 7 Januari dan fasiliti itu dijangka siap pada 11 Februari ini.

Pemasangan itu dibuat di 15 kaunter di barisan V dan W.

MAHB dalam kenyataannya berkata, kemudahan itu akan memberi pengalaman pengembaraan baru kepada penumpang di klia2.

Kemudahan SBD adalah berkonsepkan imbas dan terbang oleh SITA, pakar terkemuka dalam komunikasi dan teknologi maklumat pengangkutan udara, bakal dinikmati lebih 25 juta penumpang AirAsia yang mengggunakan lapangan terbang tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali, pelaksanaan SBD ini juga merupakan inisiatif utama dalam pelan perniagaan lima tahun, Runway to Success 2020 (RtS2020) di bawah tonggak strategik KUL Hub yang bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan KLIA sebagai hab serantau.

“Dengan sistem SBD di terminal, masa giliran memeriksa bagasi boleh dikurangkan hingga separuh masa sebelumnya dari 2.5 minit setiap penumpang sebelum ini kepada 1 minit setiap penumpang.

“Pertumbuhan kukuh trafik penumpang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sudah tentu inisiatif ini akan meningkatkan pengalaman perjalanan,” ujarnya.

Sehingga November 2017, klia2 mencatatkan sejumlah 27.4 juta pergerakan trafik penumpang.

Pelaksanaan SBD juga akan meningkatkan urusan mengendalikan penumpang setiap jam daripada rata-rata 24 kepada 60 penumpang sejam. – MalaysiaGazette