Polis Filipina menunjukkan sejumlah kokain yang ditemui hanyut di pantai negara itu, semalam. foto AFP

MANILA – Kokain yang bernilai jutaan dolar yang hanyut dalam tong dram ditemui di pantai timur Filipina timur.

Seorang nelayan tempatan di bandar Matnog yang menemui tong dram itu pada hari Rabu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa, kata Christian Frivaldo, pengarah serantau Agensi Penguatkuasaan Narkoba Filipina.

Kira-kira 24 kilogram kokain dibalut dalam plastik ditemuiĀ berada dalam tong dram tersebut.

Frivaldo menganggarkan nilai kokain pada kira-kira 125 juta peso (AS$2.5 juta).

Kokain itu ditemui kira-kira 403 kilometer dari tenggara Manila – mungkin dari sebuah kapal kargo menggunakan bendera Taiwan karam selepas dilanda ombak besar dari Filipina timur sehari sebelum kokain ditemui, katanya. .

Sembilan orang anak kapal yang merupakan warga China, Hong Kong dan Taiwan kini ditahan selepas diselamatkan dari kapal yang rosak itu.

“Mereka sedang disiasat dan kami juga memeriksa kapal mereka jika terdapat bukti tambahan di dalamnya, tetapi ia sukar kerana ia sudah separuh tenggelam,” kata Frivaldo. – MalaysiaGazette