Cenk Tosun

LONDON – Penyerang Turki, Cenk Tosun muncul pengganti Romelu Lukaku selepas melengkapkan kontrak bersama Everton semalam.

Pemain berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak bernilai £27 juta (RM146 juta) dari Besiktas untuk tempoh empat tahun setengah.

Penyerang itu menjaringkan 41 gol dalam 96 perlawanan untuk Besiktas sejak 2014.

Everton mengumumkan perpindahan itu pada separuh masa dalam perlawanan Piala FA ketika menentang Liverpool.

Tosun dijangka membuat kemunculan The Blues dalam perlawanan bersama Tottenham pada 13 Januari ini. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast