Hassan Din

KUALA LUMPUR – Selepas Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Bollywood kini Datuk Abu Hassan Din pula dilarang berceramah di Johor.

Menurut laporan sebuah portal, adik kepada Allahyarham Datuk Haron Din itu mengetahui larangan itu sebaik sahaja tidak dibenarkan berceramah di Pontian atas arahan Majlis Agama Islam Johor.

“Tiba-tiba saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan berceramah,” kata Hassan kepada kepada sebuah portal.

Sebelum itu, anaknya, Ahmad Fairoz dalam status media sosialnya beberapa hari lepas juga menyatakan bapanya dilarang berceramah di Johor.

Bagaimanapun beliau tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa agama Islam dari Johor setakat ini.

Sebelum itu, Ismail Menk atau dikenali sebagai Mufti Menk dan Haslin Baharim tidak dibenarkan berceramah di Johor kerana didakwa menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.- MalaysiaGazette

Johor haramkan Ustaz Haslin dan Mufti Menk

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.