Sebahagian pendatang yang berjaya diselamatkan selepas bit yang mereka naiki karam di perairan Libya. foto Agensi

LIBYA – Antara 90 dan 100 orang pendatang hilang selepas bot yang dinaiki tenggelam di Laut Mediterranean di pantai Libya.

Jurucakap tentera laut, Ayoub Kacem berkata, hanya 17 orang, termasuk beberapa wanita yang berjaya diselamatkan.

Pelarian berpaut pada bot selama berjam-jam sebelum bantuan tiba.

Bot itu dakwa karam di Khoms kira-kira 100 kilometer timur di bandar Libya.

Dalam kejadian berasingan, tentera laut Libya menyelamat 267 pendatang pelbagai negara di Zawiya, dekat barat Tripoli.

Kaum wanita dan 17 orang kanak-kanak adalah antara yang diselamatkan, kata Kacem, yang menambah cuaca buruk telah menghalang operasi menyelamat.

Sepanjang hujung minggu, 10 pendatang mati dan puluhan orang lain, termasuk kanak-kanak hilang di pantai Libya, menurut pertubuhan bantuan. – MalaysiaGazette