Home Dunia Ribuan terperangkap dalam salji tebal

Ribuan terperangkap dalam salji tebal

Salji tebal yang menyelubungi sebuah penempatan di Zermatt. foto Agensi

BERN – Beribu-ribu pelancong terkandas selepas salji tebal di Banjaran Alps menjejaskan bandar dan perkampungan di Switzerland, Perancis dan Itali.

Di sebuah resort di Zermatt, lebih daripada 13,000 pelancong terperangkap.

Aktiviti meluncur salji juga ditutup kerana risiko runtuhan.

Lebih daripada semeter salji turun di beberapa bahagian kawasan terlibat pada hari Isnin dan dijangka keadaan lebih buruk.

Risiko runtuhan salji ditetapkan pada maksimum yang jarang digunakan pada skala lima mata. Ini adalah yang tertinggi sejak hampir 10 tahun.

Sebuah runtuhan salji melanda sebuah bangunan lima tingkat di Sestrieres, di Alps Itali, lewat pada hari Isnin, tetapi 29 orang yang tinggal di bangunan tersebut sempat melarikan diri tanpa kecederaan.

Peramal cuaca Perancis menyifatkan salji lebat yang berlaku sekarang dilihat “sekali dalam setiap 30 tahun”, dengan sehingga salji 1.8m (6 kaki) jatuh dalam tempoh 36 jam di bahagian kawasan Savoie. – MalaysiaGazette