Mohd Ridzuan Abdullah (dua, kanan) mengadakan sidang media mengenai permohonan Parti Ekonomi Rakyat Malaysia menjadi pasti politik di Kuala Lumpur.

BANGI – Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) mampu kekalkan sejuta undi kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang akan datang, demikian jaminan yang diberikan oleh Presidennya, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah.

Jelas beliau, kedudukannya kini sebagai pihak yang menyokong BN yang berteraskan Pertububan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) itu akan dapat membantu meraih undi khususnya dalam kalangan peniaga-peniaga kecil.

“Sekiranya Pekira tidak dapat kelulusan BN akan hilang 1 juta undi.

“Pengaruh Pekira daripada perkiraan walaupun sehingga hari ini hampir 20,000 ahli, dan ahli Ikhlas sahaja ada 100 000 ahli kalau diserapkan dalam Pekira boleh banyak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat parti itu.

Beliau yang menyifatkan kelahiran Pekira sebagai penentu kemenangan BN dan pembangkang mendesak agar Pendaftar Pertubuhan (RoS) mempercepatkan kelulusan permohonannya menjadi parti politik.

Sehubungan itu Ridzuan akan terus berusaha agar Pekira diiktiraf sebagai sebuah parti politik sebelum Pilihan Raya Umum Me-14 (PRU14) menerusi penghantaran surat rasmi kepada RoS pada Isnin hadapan.

“Kita akan hantar lagj satu surat kepada RoS, Pekira memang bergantung dengan kerajaan sedia ada, takkan kita nak minta tolong kerajaan PH.

“Pekira memohon kerajaan sedia ada khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberi perhatian permohonan Pekira,” ujarnya. – MalaysiaGazette