Home Nasional Banjir: SK Sungai Kelabit tutup

Banjir: SK Sungai Kelabit tutup

Jumlah penduduk yang terjejas banjir sehingga terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak setakat 8 pagi ini, kini 126 orang melibatkan dua daerah.-Gambar hiasan

MIRI – Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelabit di Miri menjadi satu-satunya sekolah di Sarawak ditutup hari ini setelah kawasan dalam dan luar sekolah dilanda banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBS) berkata, banjir telah menyebabkan kawasan padang sekolah, kelas, kuarters, rumah genset dan prasekolah dinaiki air.

“Laluan ke SK Sungai Kelabit yang mempunyai 19 murid, tujuh guru dan dua kakitangan pentadbiran itu juga berbahaya untuk dilalui kerana banjir dan licin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS dalam kenyataan sama berkata empat sekolah rendah iaitu SK Kuala Kenyana, SK Kuala Bok, SK Sungai Bong dan SK Sungai Anak turut terjejas banjir tetapi masih beroperasi. – MalaysiaGazette