Henrikh Mkhitaryan.

MANCHESTER – Nasib malang menimpa Henrikh Mkhitaryan apabila Manchester United menjadikan dirinya sebagai pemain pertukaran untuk mendapatkan Alexis Sanchez dari Arsenal.

Malah pemain kebangsaan Armenia itu turut dijadikan umpan oleh pengurus Jose Mourinho kepada beberapa kelab lain.

Mkhitaryan sebelum ini turut dikaitkan dengan bekas kelabnya Borussia Dortmund.

The Independent melaporkan dia bersedia untuk kembali tetapi banyak rundingan perlu dibuat mengenai gajinya.

Inter Milan juga dikatakan berminat ketika Tottenham Hotspur turut tertarik dengan pemain United itu.

Mourinho juga menawarkan pemain tengah menyerang itu sebagai sebahagian daripada tawaran untuk mendapatkan Christian Pulisic dari Dortmund.

Ini kerana United mahu mencabar Liverpool untuk mendapatkan penyerang itu pada musim panas ini.

Liverpool dijangka memulakan langkah untuk pemain berusia 19 tahun yang dilahirkan di Amerika Syarikat itu pada jendela perpindahan akan datang. – MalaysiaGazette