Home Ekonomi Pengeluaran getah susut November lalu

Pengeluaran getah susut November lalu

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli menyusut sebanyak 12.6 peratus pada November 2017 kepada 58,733 tan metrik berbanding Oktober 2017.

Sektor kebun kecil merupakan penyumbang utama pengeluaran getah asli iaitu melebihi 90 peratus, menurut Jabatan Perangkaan.

Harga purata bulanan lateks pekat dan getah mutu Malaysia 20 pada November 2017 adalah 474.89 sen sekilogram dan 581.20 sen sekilogram, masing-masing berkurangan sebanyak 3.0 peratus dan 3.3 peratus berbanding Oktober 2017.

Eksport getah asli pada November 2017 dicatatkan sebanyak 47,589 tan metrik, naik sebanyak 0.9 peratus berbanding bulan sebelumnya. Lima destinasi utama eksport getah asli adalah China, Jerman, Iran, Amerika Syarikat. dan Turki

Penggunaan domestik getah asli pula jatuh 0.7 peratus kepada 42,268 tan metrik pada November 2017 berbanding bulan sebelumnya. Industriterbesar menggunakan getah asli adalah industri sarung tangan getah iaitu 30,991 tan metrik (73.3%).

Manakala dari segi stok, paras stok getah asli meningkat 4.9 peratus kepada 216,413 tan metrik pada akhir November 2017. – MalaysiaGazette