PARIS – Matlamat Perjanjian Paris yang mahu mengekalkan pemanasan global pada paras 1.5 darjah selsius nampaknya mungkin tidak boleh dicapai melainkan setiap negara melakukan tindakan segera dalam mengurangkan pencemaran karbon, menurunkan permintaan tenaga serta mengurangkan karbon dioksida dari udara.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ketiadaan usaha yang dinyatakan tadi menyebabkan harapan untuk mengekalkan tingkat kepanasan pada 1.5 darjah selsius pada akhir abad ke 21, adalah mustahil.

“Terdapat risiko yang tinggi di bawah trajektori karbon ketika ini dan ikrar negara-negara, pemanasan global akan melebihi 1.5 selsius di atas paras pra industri,” demikian menurut laporan setebal 1,000 muka surat yang disediakan oleh ratusan saintis.

Dengan trend semasa, thermometer bumi akan melintasi nilai ambang 2040-an, kata laporan itu lagi.

Pelepasan gas rumah hijau memberi jaminan bahawa apa yang diramalkan ini akan berlaku dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi.

Kajian saintifik itu menunjukkan tiada model yang meramalkan terdapat peluang sekitar 66 peratus atau lebih untuk mengekalkan pemanasan global di bawah 1.5 selsius.

Dengan perbezaan hanya satu darjah selsius, bumi terpaksa berhadapan dengan kesan perubahan iklim yang melampau termasuk puting beliung, hujan lebat yang luar biasa serta peningkatan paras air laut.-MalaysiaGazette