
PARIS – Skandal salmonella membabitkan pengeluar susu Perancis, Lactalis telah terjejas di 83 buah negara, yang mana 12 juta kotak susu tepung bayi telah ditarik balik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Emmanuel Besnier, semua bekalan susu Lactalis perlu dikeluarkan segera daripada rak-rak jualan.
Beliau turut memberi jaminan akan memberi pampasan kepada keluarga yang terlibat.
Besnier mengakui pengguna termasuk bayi berusia enam bulan terjejas dalam krisis kesihatan akibat pengambilan produk susu itu.
“Bagi kami ia suatu kebimbangan yang besar,” katanya kepada Journal du Dimanche.
Pengeluar itu menerima ratusan saman oleh keluarga kanak-kanak yang diracuni salmonella selepas mengambil susu tepung syarikat berkenaan.
Setakat ini, sebanyak 5 kes bayi yang dijangkiti salmonella daripada susu tepung itu, sementara satu kes telah dilaporkan di Sepanyol dan satu lagi sedang disiasat di Greece.
Diwujudkan pada tahun 1933, Lactalis merupakan gergasi dalam industri itu dengan jualan tahunan sebanyak 17 juta euro dengan produk termasuk Galbani ricotta dan mozzarella di Itali.
Dengan 246 lokasi pengeluaran di 47 negara, senarai produknya juga mempunyai nama-nama isi rumah seperti mentega Presiden dan Societe roquefort. – MalaysiaGazette















