Donald Trump bersalam dengan Dr Jackson selepas memeriksa kesihatan Presiden Amerika Syarikat. foto Agensi

WASHINGTON – Tahap kesihatan Donald Trump berada dalam keadaan sangat baik, menurut Dr Jackson selepas melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap Presiden Amerika Syarikat itu.

Pemeriksaan itu adalah yang pertamanya sejak Trump memimpin Amerika Syarikat.

Doktor tentera, Ronny Jackson dalam satu kenyataan ringkas berkata, pemeriksaan iu dilakukan selama tiga jam.

Beliau berjanji akan memberi butiran lanjut terhadap pemeriksaan itu pada hari Selasa.

Tiada ujian psikiatri dirancang untuk Trump meskipun buku kontroversi baru-baru ini memaparkan spekulasi tentang kesihatan mental presiden itu.

Menurut Michael Wolff, penulis Fire and Fury: Inside the Trump White House, semua pembantu kediaman rasmi presiden itu melihat Trump sebagai “anak” yang memerlukan “kepuasan segera”.

Trump bertindak balas dengan mengatakan buku Wolff itu “penuh dengan pembohongan”, sementara Setiausaha Negara, Rex Tillerson menolak dakwaan yang presiden mengalami masalah kesihatan mental. – MalaysiaGazette
.