Sheikh Abdullah bin Ali al-Thani

ABU DHABI – Seorang kerabat diraja Qatar mendakwa beliau sedang ditahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sheikh Abdullah bin Ali al-Thani – yang memainkan peranan dalam perundingan dengan Arab Saudi semasa krisis diplomatik Qatar tahun lalu – membuat tuntutan dalam video YouTube yang dikeluarkan pada hari Ahad.

Beliau mendakwa ditahan oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, yang akan “bertanggungjawab sepenuhnya” jika apa-apa berlaku kepadanya.

Seorang pegawai UAE menafikan tuduhan itu.

Ketika membuat kenyataan di video itu, Sheikh Abdullah yang juga saudara kepada Emir Qatar, duduk di atas kerusi sayap, bercakap di hadapan kamera.

“Saya kini berada di Abu Dhabi, ditahan oleh Sheikh Mohamed. Tetapi ini bukan status tahanan. Sebaliknya ditahan. Mereka maklumkan kepada saya untuk tidak bergerak,” katanya sambil memberitahu jika berlaku apa-apa terhadapnya, Qatar akan bertanggungjawab.

Dia meneruskan: “Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa jika sesuatu berlaku kepada saya, Qatar akan tidak bersalah.”

Ali Rashid al-Nuaimi, yang mengetuai jabatan pendidikan dan pusat kontra-ekstremisme Abu Dhabi pula menghantar satu siri tweet yang mengatakan Sheikh Abdullah bebas untuk pergi “bila-bila masa dia mahu”.

Sheikh Abdullah terlibat dalam perjanjian dengan Arab Saudi untuk membenarkan jemaah Qatar ke selepas Riyadh dan negara-negara lain di rantau ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada bulan Jun 2017.

Video itu disiarkan di saluran YouTube yang dikendalikan oleh UAE 71. – MalaysiaGazette