Cristiono Ronaldo

LONDON – Bintang bola sepak dunia, Cristiono Ronaldo berkira-kira dalam membuat keputusan meninggalkan Real Madrid untuk kembali bergabung dengan Manchester United.

Perkara itu diberitahu kepada rakannya selepas melihat peluang perpindahan, lapor laman portal dailymail.co.uk.

Menurut laporan tersebut, Ronaldo yang berusia 32 tahun itu membangkitkan kepada rakan sepasukannya mengenai hal tersebut selepas merasakan hubungan tidak baik dengan presiden kelab, Florentino Perez.

Mengikut rekod perjanjian Ronaldo dengan kelab juara Sepanyol dan Eropah itu hanya akan tamat pada 2021.

Bagaimanapun Ronaldo pernah dijanjikan dengan perjanjian baharu iaitu bakal dapat kenaikan gaji tetapi segalanya belum dicapai.

Semua itu adalah disebabkan hanya empat jaringan gol dilakukan oleh Ronaldo menyebabkan Madrid merasa ia tidak berbaloi untuk melaksanakan terma perjanjian yang ditandatangani pada 2016 itu. – MalaysiaGazette