Home Ekonomi Sepanyol lokasi pelancongan popular 2017

Sepanyol lokasi pelancongan popular 2017

Sagrada Familia di Barcelona menjadi lokasi tarikan popular pellancong. foto AFP

MADRID – Sepanyol memecahkan rekod dalam jumlah ketibaan pelancong antarabangsa bagi lima tahun berturut-turut pada 2017 meskipun ancaman militan di Catalonia dan ketidaktentuan politik.

Data awal menunjukkan jumlah pelancong asing ke Sepanyol meningkat 8.9 peratus dari tahun ke tahun kepada 82 juta orang.

Angka itu sekaligus mengatasi Perancis dan Amerika Syarikat, masing-masing pada kedudukan kedua dan ketiga.

Malah, jumlah perbelanjaan pelancong juga memecah rekod baru pada tahun 2017 dengan kenaikan 12.4 peratus berbanding 2016.

Warga British kekal sebagai kumpulan terbesar yang melancong ke Sepanyol, mewakili 18 juta, naik 7.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Catalonia kekal sebagai lokasi yang paling banyak dikunjungi pada tahun 2017, walaupun terdapat dua serangan ke atas penghalang pelancong utama pada bulan Ogos yang menyebabkan 16 orang mati dan lebih daripada 100 orang cedera.

Bagaimanapun, pertumbuhan sektor pelancongan secara keseluruhan mungkin sedikit menurun pada tahun ini kepada 3.3 peratus tahun ke tahun kerana jangkaan sebahagian pelancong yang kembali ke destinasi di Afrika Utara dan Turki. – MalaysiaGazette