Azih Muda
Azih Muda

KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan tidak memansuhkan Skim Pencen kerana beranggapan gaji yang dibayar sekarang tidak mencukupi untuk menjadi tabungan masa hadapan mereka.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata Cuepacs amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menambah pelbagai insentif kepada pesara polis, baru-baru ini.

“Pada masa sama kerajaan juga diharap memberi pertimbangan yang sama kepada pesara kerajaan yang lain kerana mereka juga perlu dibantu,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Transformasi Perkhidmatan Awam: Isu dan Cabaran Penjawat Awam di Kompleks Kota Darul Naim di sinihari ini.

Azih berkata buat masa sekarang terdapat kira-kira 750,000 pesara kerajaan di negara ini dan masih menerima pencen.

Pada masa yang sama, berdasarkan hasil kajian yang dilakukan Cuepacs mendapati gaji penjawat awam tidak mampu menangani kos sara hidup yang kini semakin meningkat.-BERNAMA