Seorang broker jualan kenderaan bergelar Datuk, yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit, dibebaskan hari ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mewujudkan unit-unit pemantauan khas untuk terus memantau isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa di agensi-agensi kerajaan yang berisiko tinggi, sederhana dan rendah.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata Pegawai Integriti Bertauliah SPRM akan digantikan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di unit-unit integriti agensi kerajaan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) baru-baru ini.

“Selaras dengan fungsi pencegahan di bawah akta SPRM, SPRM akan terus memastikan tadbir urus agensi-agensi kerajaan bebas daripada isu-isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dari semasa ke semasa,” katanya.

SPRM juga menegaskan bahawa penubuhan JITN tidak akan sama sekali menjejaskan fungsi dan tanggungjawab SPRM dalam usaha memerangi rasuah untuk memastikan agensi-agensi kerajaan bebas daripada isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.- BERNAMA.