The Walcott. Foto Metro.

LONDON – Theo Walcott memberitahu dia berpindah ke Everton dari Arsenal kerana Wayne Rooney.

Jelasnya, bekas kapten Manchester United itu menjadi watak utama hingga termeterai kontraknya bernilai 20 juta pound ke Goodison Park selepas 12 tahun bersama Arsenal.

Walcot, 28, telah menjaringkan 108 gol dalam 397 penampilan.

Walaupun turut dilamar kelab lamanya, Southampton, penyerang itu akhirnya memutuskan untuk memilih Everton selepas bercakap dengan Rooney.

“Saya ada bercakap beberapa kali dengan Wayne dan dia adalah faktor utama yang telah menarik perhatian saya untuk ke Everton.

“Dia memaklumkan kelab ini adalah tempat yang baik untuk bermain bola dan kelab yang dalam proses untuk berkembang, mempunyai sejarah yang hebat, selain penyokong yang bijak serta begitu bersemangat.

“Saya selalu menganggap sukar untuk bermain di sini dan Wayne berpendapat Everton akan bertambah baik lagi,” katanya kepada evertontv.

Walcott tekad membawa kecemerlangannya di Arsenal dengan menyumbat 19 gol pada musim lalu ke Everton.

“Saya mahu menjadi sebahagian pasukan ini dan bermain dengan sepenuh hati dan menganggap dapat menyumbang kepada posisi hadapan pasukan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast