Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Mejar direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes penyelewengan pembekalan inap desa di Kem Batu Feringghi di sini.

PULAU PINANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan reman seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Mejar selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes penyelewengan pembekalan inap desa di Kem Batu Feringghi di sini.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Georgetown, Ameera Mastura Khamis kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Difahamkan, lelaki terbabit ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri, di sini petang semalam.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 iaitu salah guna kuasa, Seksyen 18 akta sama kerana mengemukakan tuntutan palsu dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast