Lelaki yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak telah ditahan petang tadi. foto Facebook

KUALA LUMPUR – Lelaki yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak di funfair di Kedah pada malam Sabtu lalu telah ditahan polis.

Perbuatan lelaki itu dirakam dalam video dan kemudian menjadi tular di media sosial.

Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan meriba kanak-kanak berkenaan dan menciumnya. Suspek juga meraba dada kanak-kanak tersebut.

Rakaman itu turut memperlihatkan wajah kanak-kanak tersebut.

NST melaporkan lelaki itu ditahan pada pukul 3.10 petang tadi selepas polis menerima dua aduan berhubung insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, salah satu laporan adalah daripada ibu kanak-kanak tersebut.

Ibu mangsa memberitahu, suspek adalah rakan keluarga yang datang ke rumah pada Sabtu malam dan meminta kebenaran untuk membawa anak mereka yang berusia tujuh tahun membeli makanan.

Anak itu dibawa pulang selepas dua jam kemudian.

Ibu mangsa kemudian bertanya kepada lelaki berkenaan selepas melihat vido berkenaan dalam Facebook semalam dan suspek memohon maaf sebelum melarikan diri.

Kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Abdul Halim untuk pemeriksaan lanjut. – MalaysiaGazette

Comments are closed.