Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak sepatutnya menggalakkan kempen undi rosak, kata Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon.

Katanya, sebaliknya bekas peneraju SPR itu seharusnya memberi galakan kepada rakyat untuk menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi bukan sahaja pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) malah setiap kali pilihan raya.

“Saya rasa kalau bekas Pengerusi SPR mengatakan begitu yang pernah menerajui SPR dia patut menggalakkan rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi untuk menentukan masa depan bukan sebaliknya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai galakan Abdul Rashid baru-baru ini ketika sidang media Pakatan Harapan untuk penyokong atau ahli Barisan Nasional (BN) yang menentang parti itu namun tidak berani untuk bersuara.

Sin Woon sebaliknya menambah di sebalik kempen undi rosak itu bukannya daripada BN namun daripada Pakatan Harapan yang tidak berpuas hati dengan keputusan gabungan parti itu memilih Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

“Saya rasa terbalik mereka yang membuat undi rosak itu sebenarnya daripada Pakatan Harapan daripada analisis saya.

“Kenapa ada gerakan nak bagi undirosak bila PH meletakkan Tun Mahatahir sebagai Perdana Menteri yang akan datang kalau mereka menang.

“Ini telah menyebabkan ramai keliru sebab PH terutamanya DAP dan PKR telah berusaha selama 20 tahun sejak tahun 1998 untuk menjayuhkan Mahathir tetapi parti yang sama nak meetakkan semula orang itu sebagai Perdana Menteri jadi apa ubah yang mereka nak lakukan apa reformasinya?

“Jadi penyokong tegarnya yang melakukan kempen undi rosak sebab mereka tidak boleh menyokong pakatan tetapi belum sampai menyokong BN,” kata beliau lagi.

Beliau terdahulu menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Kesefahaman (MoU) di antara Persatuan Penggerak Perindustrian Jalur dan Laluan Zhongguancun dan Anbound Malaysia khusus untuk mengambil pelajar Malaysia sebagai pelatih di Cina.-MalaysiaGazette