Home Ekonomi Harga minyak stabil

Harga minyak stabil

SINGAPURA – Harga minyak mengukuh dalam dagangan hari ini dipacu oleh pertumbuhan ekonomi serta sekatan bekalan oleh OPEC dan Rusia.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada paras AS$70 setong pada 0102 GMT, naik AS$0.04 berbanding harga penutup akhir, tidak jauh daripada kenaikan tiga tahun tinggi AS$ 70.37 pada 15 Januari lalu.

West Texas Intermediate pula didagangkan pada AS$64.59 setong, naik AS$0.12 berbanding harga penutup dan hampir dengan kenaikan tertinggi pada Disember 2014 sebanyak AS$64.89 dari 16 Januari.

Dalam petunjuk terkini pertumbuhan ekonomi dunia, aktiviti sektor pembuatan Jepun berkembang pantas, hampir empat tahun dalam bulan Januari.

Pertumbuhan ekonomi diterjemahkan dalam peningkatan minyak, seiring dengan langkah OPEC dan Rusia untuk mengawal pengeluaran minyak bagi menangani lebihan bekalan.

Secara tidak langsung, langkah itu dapat meningkatkan harga minyak.

Perjanjian yang diterajui oleh OPEC itu bermula pada Januari tahun lalu dan sepanjang tahun ini. – MalaysiaGazette