Rizal Faris Mohideen Abdul Kader

KUALA LUMPUR – Isu kenaikan kos sara hidup yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak bukanlah berlaku Malaysia sahaja sebaliknya ia adalah masalah global.

“Ia bukan sahaja berlaku di sini sebaliknya turut berlaku di London, Amerika Syarikat dan merata. “Saya dah pergi banyak tempat dan Malaysia masih negara yang terbaik,” kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader.

Lantaran itu, katanya, isu kos sara hidup ini merupakan salah satu matlamat DPMM yang mahu diselesaikan.

Rizal dalam sidang akhbarnya berkata, DPMM akan menganjurkan program-program yang bermatlamat sebagai penyelesaian masalah dan mahu ‘semua orang boleh membuat duit’.

Jelasnya, Malaysia boleh mencapai tahap ekonomi yang lebih tinggi lagi sekiranya rakyat diberikan pendedahan dan ilmu yang secukupnya.

Bagi mencapai matlamat itu, masyarakat perlu diberikan ilmu dan pendedahan bukan sahaja sebagai usahawan sebaliknya kepada perkara-perkara lain agar mereka boleh mencari pendapatan kedua (skunder).

“Saya tidak mahu melihat ini sebagai satu perkara politik sebab mereka yang terlibat dengan politik terlibat dengan ekonomi.

“Tapi saya mahu melihat ini sebagai satu perkara ekonomi. Tolonglah fahami perkara ini dan kita kena ubah dan letakkan ekonomi paling atas sekali dalam kehidupan,” katanya. – MalaysiaGazette