Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan sehari ke Kelantan Ahad ini.

Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Kota Bharu kira-kira jam 8 pagi yang akan disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib akan merasmikan majlis pecah tanah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1 di Taman Awam, Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembah Tesco, Kota Bharu pada jam 8.45 pagi.

Selepas itu, beliau menghadiri majlis bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan di sebuah hotel di Kota Bharu dan mengadakan perjumpaan dengan barisan kepimpinan UMNO Negeri pada sebelah petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast