Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gagal mengawal emosi dan naik angin semasa sidang media hari ini berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama yang diadakan di pejabatnya.

Guan Eng menghamburkan kemarahannya kepada wartawan dan membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sebagai ‘bodoh’ kerana desakan terhubung status kos untuk membina projek mega tersebut.

“Ka Siong boleh tanya adakah ia (projek terowong dasar laut) di setem (atau) tak? Takkan kita nak jawab sampai peringkat budak-budak macam ini? Bodoh ke?

“Dia (Ka Siong) juga tanya kenapa pembinaannya belum dijalankan? Macam mana kita nak mula kerja kalau dia selalu masuk campur, selain asyik ada gangguan? Sekarang kita pun tak tahu sama ada projek ini akan diteruskan atau tidak.

“Projek mahu mula, SPRM siasat tetapi tiada tindakan. Tiba-tiba 2018, siasat lagi dan mula tangkap pula. Kenapa 2018? sudah tentu kerana pilihan raya umum sudah dekat,” beliau dipetik berkata dalam Berita Harian.

Projek mega bernilai RM6.3 bilion itu mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Malah, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati, beberapa ahli politik dipercayai menerima habuan sehingga jutaan ringgit dalam kajian projek yang akan menghubungkan Persiaran Gurney di sini, ke Bagan Ajam di Butterworth dengan ia dijangka dibina pada 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast