Pierre-Emerick Aubameyang. Foto Daily Star.

LONDON – Penyerang sensasi Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang semakin hampir ke Arsenal dengan nilai perpindahan sekitar £60 juta, lapor BBC.

Laporan media di Jerman sebelum ini mendedahkan, Arsenal enggan memenuhi permintaan £70 juta yang diletakkan Borussia Dortmund untuk Aubameyang.

Arsenal telah melakukan dua bidaan namun ditolak kerana tidak menepati harga yang diletakkan oleh Borussia Dortmund iaitu £44 dan €50 juta.

Dalam perlawanan menentang Freiburg minggu lalu, Aubameyang disorak oleh penyokong Dortmund selepas dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam aksi beliau di padang yang dipercayai kerana memikirkan soal perpindahan ke Arsenal.

Arsenal menjadikan Aubameyang sebagai pilihan utama untuk menggantikan Alexis Sanchez yang menyertai Manchester United.

Dortmund kini dalam proses untuk terus mencari pengganti Aubameyang jika pemain itu ke Arsenal menerusi pertukaran pemain iaitu Olivier Giroud

Borussia Dortmund menegaskan mereka hanya akan menjual Aubameyang jika piawaian yang ditetapkan dipenuhi.

Minggu ini, Arsenal dijangka cuba merealisasikan perpindahan Aubameyang dan harga akhir yang dijangka akan dipersetujui kedua-dua pihak adalah £60 juta yang perlu diselesaikan dalam tempoh kurang 48 jam. – MalaysiaGazette