Home Ekonomi AirAsia lancar laluan ke Davao

AirAsia lancar laluan ke Davao

KUALA LUMPUR – AirAsia melancarkan laluan dari Kuala Lumpur ke Davao, Filipina dengan kekerapan empat kali seminggu.

Sempena perasmian laluan itu, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua bermula RM169 sehala untuk tempahan dalam talian di airasia.com dari sekarang sehingga 18 Februari 2018 untuk tempoh perjalanan bermula sekarang hingga 31 Julai 2018.

Tawaran ini juga boleh didapati di aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.

Laluan baharu ini merupakan laluan terus ketiga dari Malaysia ke Filipina selain Manila dan Cebu.

AirAsia juga menghubungkan para tetamu ke bandar-bandar lain di Filipina seperti Clark, Manila, Caticlan, Kalibo, Tacloban, Palawan, Cebu dan Tagbilaran.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast