Home Sukan Mahrez berdepan hukuman denda

Mahrez berdepan hukuman denda

Riyadh Mahrez

LONDON – Pemain Leicester, Riyadh Mahrez berdepan dengan hukuman denda 200,000 pound (RM1.11juta) selepas gagal melaporkan diri pada sesi latihan tanpa cuti untuk hari ketiga pasukan itu.

Pemain kelahiran Algeria itu juga dijangka tidak disenarai untuk bermain dengan pasukan berkenaan bagi perlawanan menentang Swansea esok, lapor laman portal The Telegraph.

Malah, beliau juga tidak diketahui sama ada akan hadir pada sesi latihan seterusnya.

Menurut maklumat sumber, pemain sayap itu berkemungkinan tidak akan terlibat dalam perlawanan di Stadium King Power jika sikapnyau tidak berubah.

Mahrez dikatakan terdesak untuk memaksa melalui perpindahan ke Manchester City dan memberitahu Leicester bahawa keadaanya tidak menentu selepas gagal mencapai perjanjian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast