YANGON – Pihak berkuasa Myanmar berjaya menahan seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental selepas bertindak membaling bom petrol ke arah rumah pemimpin Aung Sann Suu Kyi di Yangon kelmarin.

Myanmar Times melaporkan, ketika insiden tersebut, Suu Kyi yang merupakan Kauselor negara ini tidak berada di dalam rumah.

Suspek, Win Naing, 48, dipercayai mengalami tekanan jiwa sebelum bertindak di luar dugaan dengan membaling bom petrol buatan sendiri ke arah rumah Suu Kyi.

Menurut jurucakap polis, lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pembinaan tanpa sebab bertindak sedemikian.

“Suspek mengakui secara tiba-tiba mengambil botol berisi petro dan melemparkannya ke arah rumah Suu Kyi tanpa sebab yang munasabah. Apabila di soal, kata lelaki itu, dia terkena sumpahan sihir dan menyuruhnya melakukan perbuatan itu.

“Pihak polis tetap akan mengambil terhadap lelaki ini walaupun mengalami tekanan jiwa, kita tidak boleh lepaskan dia begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suu Kyi bagaimanapun enggan  mengulas kejadian itu yang berlaku hampir setahun selepas pembunuhan penasihat utamanya, Ko Ni.

Ko Ni, seorang pemimpin beragama Islam dan berpengaruh menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan di negara majoriti Buddha ditembak di kepala di luar lapangan terbang.

Pembunuhan itu mencetuskan ketakutan dalam masyarakat Islam dan parti pemerintah kerana pembunuhan politik jarang berlaku di Myanmar.

Ada juga pihak yang mengaitkan insiden itu dengan kecaman daripada masyarakat antarabangsa kerana tidak bersikap tegas dalam menangani isu Rohingya.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast