Home Nasional Bukan tak suka, tapi tak tahu prosedur

Bukan tak suka, tapi tak tahu prosedur

Sivarraajh Chandran

KUALA LUMPUR – Kuota 10 peratus yang diperuntukan untuk kaum India bagi Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) masih gagal dipenuhi kerana tidak memahami prosedur.

Ia merupakan hasil tinjauan yang dibuat oleh MIC dan aduan daripada belia India.

Sehubungan itu, Kementerian Wilayah Persekutuan diminta mengiatkan promosi RUMAWIP dalam kalangan kaum India, juga memudahkan permohonan yang perlu dibuat.

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran juga memaklumkan MIC Wilayah Persekutuan sebelum ini sudah menghantar 20 permohonan namun belum mendapat maklum balas.

“Tidak timbul belia India tidak suka RUMAWIP, cuma mereka tidak pasti program rumah itu. Malah, semua sedia maklum, kebanyakan warga kota bekerja sepanjang hari, kemungkinan kekangan masa untuk memohon,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette