Home Sukan JDT hadiah kereta mewah kepada TMJ

JDT hadiah kereta mewah kepada TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat kejutan apabila menerima hadiah istimewa berupa kereta mewah sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang kembali Piala Sumbangsih pada Sabtu lalu.

Pengumuman hadiah itu dimuat naik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.

Kereta jenama Aston Martin yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta itu dihadiahkan oleh barisan pemain dan kejurulatihan JDT kepada Tunku Ismail sebagai penghargaan dalam menjuarai piala ke-10 pasukan itu.

Warna merah biru dipilih menjadi konsep kereta tersebut yang melambangkan bendera Johor.

Sabtu lalu, JDT yang tampil selaku juara Liga Super dan Piala Malaysia 2017 berjaya membawa balik trofi pembukaan Liga Malaysia tahun ini selepas meraihnya untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2015 dan 2016. – MalaysiaGazette