Home Dunia Salji luar biasa di Moscow

Salji luar biasa di Moscow

Salji tebal di Moscow. foto Agensi

MOSCOW – Moscow menyaksikan peningkatan ketara salji mengakibatkan lebih 2,000 pokok tumbang dan menjejaskan penerbangan.

Lebih separuh purata bulanan salji dengan 5 inci jatuh pada hari Sabtu, mengatasi rekod sebelumnya dari tahun 1957.

Sebatang pokok tumbang dan tiang elektrik jatuh menyebabkan seorang terbunuh dan lima lagi cedera.

Jumlah salji yang turun dijangka pada hari Ahad tetapi suhu diramal merosot.

Berpuluh-puluh penerbangan tertunda di lapangan terbang Rusia.

Meskipun begitu, rakyat Rusia gembira kerana dapat menikmati musim salji sebenar berbanding salji cair pada tahun-tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette