Sergio Ramos. Foto These Football Times.

MADRID – Kapten Real Madrid, Sergio Ramos muncul sebagai pemain pertahanan pertama dalam La Liga yang menjaringkan gol secara berturut-turut selama 14 musim.

Rekod itu juga merupakan kejayaan peribadi buat Ramos yang terkenal sebagai seorang pemain pertahanan yang gemar mengancam kubu pertahanan lawan ketika gerakan set-pieces.

Ramos tampil menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Levante pada Sabtu lalu selepas kembali beraksi daripada kecederaan betis.

Jaringan tersebut merupakan jaringan ke-50 Sergio Ramos untuk Real dalam La Liga ketika skuad kendalian Zinedine Zidane itu berusaha untuk memburu keputusan positif di peringkat domestik.

Bagaimanapun, Real terpaksa berpuas hati berkongsi mata dengan Levante setelah Giampaolo Pazzini berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan untuk kedudukan berakhir dengan jaringan 2-2.

Untuk rekod, Fernando Hiero yang merupakan pemain Real Madrid di antara 1989 sehingga 2003, menjaringkan gol di dalam 15 musim berturut-turut di La Liga.

Namun demikian, Hierro bukanlah sentiasa bermain di posisi pertahanan ketika bersama Real Madrid. – MalaysiaGazette