KUALA LUMPUR – Harga mingguan bagi minyak petrol RON95 dan RON97 mengalami kenaikan sebanyak dua sen dan tiga sen.

Bagaimanapun kadar minyak diesel turun tiga sen berbanding minggu lalu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan harga RON95 dan RON97 masing-masing ditetapkan RM2.33 seliter dan RM2.61 seliter.

Sementara bagi harga diesel pula ditetapkan RM2.31 seliter, penurunan berbanding RM2.34 seliter pada minggu lalu.

Harga baharu ini berkuatkuasa 8 hingga 14 Februari depan. – MalaysiaGazette