Home Dunia Hong Kong dilanda wabak selsema

Hong Kong dilanda wabak selsema

Kanak-kanak sekolah memakai penutup hidung sebagai langkah berjaga-jaga berikutan wabak selsema melanda Hong Kong. foto Agensi

HONG KONG – Semua sekolah tadika dan rendah di Hong Kong diarah tutup selepas wabak selsema merebak di wilayah itu.

Tindakan itu dibuat bagi menghentikan menyebaran wabak tersebut.

Setakat Isnin, sebanyak 121 dilaporkan mati termasuk dua kanak-kanak selepas wabak berkenaan merebak pada awal tahun ini.

Jabatan Kesihatan berkata, sejumlah 224 kes wabak itu dilaporkan dalam tempoh tersebut.

Jumlah kematian dan kes yang teruk dalam tiga minggu pertama tahun ini ini melebihi tiga tahun lalu, statistik dari Pusat Perlindungan Kesihatan. – MalaysiaGazette