Home Dunia Pengawal keselamatan sukan olimpik dijangkiti norovirus

Pengawal keselamatan sukan olimpik dijangkiti norovirus

Tentera Korea Selatan membuat kawalan di lokasi Sukan Olimpik Musim Sejuk di Seoul. foto Agensi

SEOUL – Berpuluh-puluh pengawal keselamatan di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang di Korea Selatan dirawat di hospital kerana norovirus menyebabkan penganjur terpaksa menggunakan tentera untuk membuat kawalan.

Mereka mengalami muntah-muntah dan cirit-birit pada hari Ahad.

Kira-kira 1,200 orang pengawal telah ditarik balik dari tapak penganjuran sukan olimpik apabila 41 orang mengalami gejala itu.

Pembersih tangan mula diedarkan di kawasan tersebut dan ketua jawatankuasa penganjur telah memohon maaf atas kejadian itu.

Sukan Olimpik akan bermula Jumaat ini.

Jurucakap penganjur, Christophe Dubi berkata, langkah-langkah keselamatan telah dibuat untuk memastikan virus itu tidak merebak.

“Kawalan keselamatan diambil terutama dari aspek makanan dan minuman,” katanya.

Penarikan semula pengawal keselamatan itu digantikan dengan 900 orang tentera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast